
|
Disclaimer
Hi welcome here :) This My ONLINE DIARY..To avoid "wasting paper and ink pen" .. online diary is a perfect choice :D Hiee*
Family ?
![]() My Awesome DAD ![]() My MUM Green Colour ![]() Si Perasan:SECOND Sister :p ![]() Si Poyo:My Brother ![]() My LITTLE Brotha Tagboard Sing A-long Rewind ? Credits
| CERITA "C44" DI PLKN
28 Mac 2013
Latihan PLKN dah dua minggu tamat ! Selama ni tak berkesempatan nak write story about program ni..Tiba-ii datang pulak kerajinan nak story about ni..Ermm terpaksa refresh the mind untuk imbas kembali peristiwa yang jadi before , during nd after plkn ni..
Kalau tak silap masa result plkn keluar tu batch95 dalam mood trial spm..Masa tu aku buat bodoh je bila jumpa je member-ii sekolah ayad yang pertama keluar semestinya "Kau dah cek ? acane dapat tak?" Aku tengokkan je reaksi member-ii yang dah cek tu,yang tak dapat tu ofkos lah pelbagai spekulasi keluar dari mulut dorangkn, tak kurang jugak ade yang dok mengeDOG member-ii yang dapat, Bagi yang dapat pulak terpaksa terima pelbagai "ejekkan" daripada member-ii lain..INCLUDING ME!! *Ofkoslah mood aku immedialety spoil gila time dengar ayad dorang tu :(*
Ayad-ii dorang yang masih aku ingat lagi ermm ~>
Sebenarnya ade lagi tapi tak boleh la nak mention semua kan..Jujur aku cakap aku tension gila masa cek tu ! mana taknya..mula-ii cek guna on9 dia taip "Maaf Anda Tidak Terpilih" YAHOOOO !! suka gila aku masa baca ayad tu ..Lepas seminggu member suruh cek balik, aku ikutkan je sebab dah sure-ii lah aku tak dapat!! Sekali boleh pulak terkeluar perkataan "TAHNIAH" perghhh time tu kejong satu badan aku beb :/ .. Dengan perkataan tahniah tu jugak la menjadikan 2orang dari geng aku bakal bergelar pelatih plkn..Makin gempak lah kitorang kena perli dengan budak-ii yang tak dapat tu..Lepas je exam spm aku plan nak amik lesen kerete,tengah syok-ii dok belajar kereta boleh pulak datang pangilan Kumpulan 1 siri 10/13 tu,, Paling menyedihkan nama aku tercalon pulok too :'( !! arghhhh tergendala angan-ii aku na kan lesen kereta awal 2013 ni..
Before pergi tu Mak aku boleh nak borong barang-ii keperluan aku kat sana plak kn..Amboi kemain banyak gila beb ! macam tak nak bagi aku balik lagi .. Lepas tengok barang-ii tu sume mood nak pergi kem pon datang sikit demi sikit..Masa berjalan laju gila lah , tiba-ii je dah 5 JAN .. that mean hari aku kena mendaftar sebagai pelatih plkn..Memang geram gila time dalam bas YPJ-2 tu ! Mana taknya kan ,pokcik bas tu boleh plak pasang lagu-ii sedih semuanya berunsurkan PERPISAHAN..Lagu tu berterusan dari mula bertolak sampai ke kem tu
Lepas daftar teros masok dorm! ermm dorm "J" jadi port aku tok 3 bulan..Mula-ii masuk mak aii budak-ii yang dah sampai awal tu tengok aku macam aku ni banduan baru kat situ beb..MENAKUTKAN!! Tapi relex arhh aku boleh handle kot..Nasib masa masuk tu aku ade member . haha .. Aku jumpa dak tu time daftar tadi!
During kat sana,Totality okeyh la..mula-ii kot semua cam slow ag ..Hari-ii macam ni :
~>5:00 bagun *paling lambatlah
~>5:50 Solat subuh berjemaah
~>6:13 PT pagi kat padang kawad
~>7:30 sarapan pagi
~>8:30 Kelas sampai 12:00 kalau tak silap
~>12:30 makan tgah hari
~>1:00-2:15 solat zohor nd rehat
~>2:15 latihan kawad or ceramah
~>4:00 minum petang nd solat asar
~>5:00 riadah *masa bebas untuk kitorang
~>6:00 makan malam
~>7:00-9:30 solat magrib + ishak + kerohanian
~>10:00 minum malam
~>11:00 lampu dorm padam nd tidur
Lebih kurang macam ni lah jadual kat kem setiap hari bulan pertama tu .. Takda aktiviti lasak pon ! masa kitorang bnyk habis kat kelas je .. even jadual dye macam ni pon , masa still tak cukop untok kitorang .. terkejor-ii ! Baru rasa bernilainya masa tu walaupon sesaat :) Semua benda buat macam tak puas .. Mana taknya semua benda nak rushing! Even buat persembahan pon..Paling lama masa kitorang dapat pon 2 hari je..Time ni memang ramai lah yang menagis kan .. almaklumlah kat kem tu bermacam orang .. ada yang tak pernah kena macam ni , memang habis lahhh kan ... RASAKAN LAH ! hahahaahah ..
Ni antara gambar aktiviti yang dapat aku upload ~>
Kelas: PK 7 -permata- (Pembentukan karekter) KN 3 (Kenegaraan)
Malam before balik tu ade perjumpaan kompeni ! sedyh nak tinggalkn life sekakap selama 3bulan tu..sedyh jugak lah nk tinggal Abah Azmi ,Walid Hatta , Ayah Rashid , Mama Reen nd semua Jurulatih - pelatih sekakap terutama wirawati CHARLIE ND DELTA..Tapi nak buat macam mana setiap PERTEMUAN pasti terjadi PERPISAHAN..so sekarang apa yang boleh aku cakap, PLKN banyak memberi pengajaran .. Terpulang kat kita lepas keluar tu nak praktik semua tu or still nak buat watlek jep !! .. sekian "MALAYSIA BOLEHH ! P/S :Mana-ii kita pergi jangan terlalu mudah percaya kan orang yang baru kita kenal nd Jangan cepat sangat rapat dengan someone..If dua benda ni kita tak dapat nak elak , 'kemungkinan besar' hubungan yang terjalin bermasalah..*Tapi bukan semua keadaan (pendapat masing-masing)* |